Lirik Kenangan Lalu
Terpaku aku
Ketika ini
Bila wajahmu
Tersergam indah
Dikamar hatiku
Mengapakah dirimu menjelma
Di kala hatiku kesepian
Maafkan kasih
Kiranya aku mengenang kembali
Kisah cinta
Antara kita yang lalu sekian lama
Biar berkali cuba melupakannya
Tetapi sia-sia
Kuteruskan perjalanan ini
Biarpun sebak bertakhta di hati
Andai kau bahagia hidup
dengannya
Lupakah kau padaku yang terluka
Indahnya ketika kita berdua
Memadu kasih oh mesranya
Tiada kusangka dia disebalik
Tabir cintamu yang kedua
Tinggallah aku bergelumang
kenangan
Rindu dendam padamu kasih
Andai dirimu didepan mataku
Ingin ku rangkulmu
Agar terlepas oh rinduku....
Tiada kusangka dipipi ini
Mengalir darah tak berwarna
Kerana asyiknya kulayan
kenangan
Ku rela kini hidupku sendiri
Kucari cinta abadi